NOOB FILM REVIEW - AL-KAHFI arahan MOHD KHARIB HJ AHMAD

440403220_10161948455626042_804355768050141573_n.jpg

PERMAINAN ALEGORI DALAM PENYAMPAIAN MAKSUD BERKAITAN KEROHANIAN

Filem ini dimulakan dengan bacaan terjemaahan ayat Surah Al-Kahfi ayat 54 dengan suara yang besar dan berlatarkan bunyi tiupan angin. Kemudian, 'shot' pertama filem ini adalah 'shot aerial' mengelilingi sebuah gua yang kemudiannya beralih mengelilingi Museum Negara.

Ianya satu permulaan yang mengingatkan saya terus kepada filem 'Semerah Padi'. Pandangan dari atas yang melambangkan sisi pandangan Tuhan, melihat kebawah alam dunia.

SELARI DENGAN TUJUH PEMUDA ASHABUL KAHFI
Sinopsis. Filem mengisahkan tiga orang ahli arkeologi (dilakonkan oleh J.D Khalid sebagai En. Osman dan juga Ketua Ekspidisi, Mubarak Hj Majid sebagai Jalil seorang mahasiswa dan Zakaria Yusoff sebagai Khalid mahasiswa dari London) yang mengadakan ekspidisi untuk mencari selebih khazanah purba yang telah dijumpai didalam gua oleh pasukan ekspidisi sebelum mereka. Namun tidak lama setelah mereka sampai kedalam gua tersebut, kilat dan ribut petir melanda menyebabkan pintu gua tersebut roboh dan memerangkap mereke bertiga didalam. Dalam mereka berusaha untuk keluar dari situ, watak sebenar setiap ahli arkeologi itu terdedah satu persatu sehinggalah dipengakahiran.
438302325_10161948455491042_7189990051415030685_n.jpg

Apa yang paling menarik tentang filem ini adalah ia diambil dari karya penulisan F.M. Sany, dan terjemaahan ke skrin oleh Terajutama Mohd Kharib adalah secara terang diinspirasikan oleh kisah Tujuh Pemuda Ashabul Kahfi. Dan petikan dari Surah Al-Kahfi dipermulaan filem.

SELARI DENGAN NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN
Tapi ia bukan itu sahaja. Di dalam babak-babak yang mana mereka bertiga terperangkap, Jalil telah tidur dan seorang berjubah putih yang kelihatan seperti beliau telah datang dalam mimpinya, memperkatakan hanya amal-amal yang ikhlas kerana Allah sahaja boleh melepaskan dia dari perangkap gua itu. (Dari kata Carl Jung, penjelmaan ‘The Self’?)
438275367_10161948455711042_8196433363342858021_n.jpg
En. Osman pula mengimbas saat-saat ketika muda beliau dan belajar mengaji dengan ayahnya dimana telah diajar tentang sebuah cerita hadis yang juga tentang tiga pemuda yang terperangkap dalam gua. Dan syarat untuk batu yang menghalang pintu gua itu terbuka penuh adalah untuk ketiga-tiga pemuda itu berdoa untuk amalan mereka diterima Allah.

Ini adalah terus dari Al-Quran dimana hanya doa, zikir dan keampunan dari Allah yang membuka mulut ikan Nun (Paus) itu dan Nabi Yunus terlepas keluar ke tanah. Juga tertulis cerita yang sama didalam kitab Bible. Dari segi alegorinya pula, Joseph Campbell juga mengaitkan penceritaan lama ini sebagai simbol peralihan watak 'hero' dari satu fasa penceritaan kepada fasa yang lain.

JOSEPH CAMPBELL 'HERO'S JOURNEY'
Dari perspektif filem ini, ketika ketiga-tiga watak berada di babak permulaan di Museum Negara, ia dilabel oleh Joseph Campbell sebagai "Dunia Biasa". Dan bila mereka memulakan perjalanan ekspidisi menongkah arus dan anak sungai, dan akhirnya terperangkap dalam gua, ianya pula dilabelkan sebagai "Dunia Luar-Biasa", dimana berbagai-bagai aspek "fantastical" yang boleh terjadi dalam fasa ini.

Ini adalah termasuk watak Jalil yang bermimpi dirinya dalam keadaan berjubah putih memberi nasihat kepadanya. (Sama seperti babak Anwar dalam penjara dalam filem Anwar). Juga watak En. Osman yang diletakkan dalam situasi yang sama dengan apa yang pernah diajar oleh bapanya.

'GESTALT PSYCHOLOGY' SEORANG WATAK NEGATIF
Kita belum berkata tentang watak Khalid yang dimainkan oleh Zakaria Yusof. Kalau dilihat pada tampak penampilan dan wajah beliau kita sudah tahu yang Khalid ni bukanlah satu watak yang baik. Tapi cara seorang Terajutama yang faham apa itu 'cinema' akan hanya membuat apa yang ditayang bercerita.
438305230_10161948455766042_1101932039845995410_n.jpg

Terajutama Mohd. Kharib bermain dengan aspek 'Gestalt Psychology' dengan membuatkan watak Khalid datang lewat dari yang dijanjikan. Dan ketika En. Osman berkata yang Khalid adalah kawan baik beliau, 'shot' belakang ditunjukkan. Akhirnya ketika Khalid tiba, beliau tidak bersalaman dengan En. Jalil dan mereka tidak berdiri dengan rapat kerana En. Osman berada ditengah-tengah.

INDIANA JONES AND THE LAST CRUSADE
Ini juga telah mengingatkan saya kepada tulisan saya beberapa hari lepas mengenai filem Indiana Jones ini dan cara Steven Spielberg menggunakan 'Hero's Journey' dan peralihan ke "Dunia Luar-Biasa" untuk sisi 'fantastical' untuk terjadi di skrin.

Didalam filem ini, sisi baik Indiana Jones dipaparkan secara 'fantastical' dalam gua dimana 'Holy Grail' telah ditemui. Babak dimana air dari 'Holy Grail' itu telah memulihkan kecederaan bapanya. Tapi yang sebenarnya yang melakukan keajaiban adalah sisi baik Indiana Jones yang dipaparkan secara 'fantastical' dan bukanlah air dari 'Holy Grail'. Steven Spielberg ingin mengatakan yang keajaiban itu sebenarnya datang dari sisi dalam seseorang.
438305185_10161948455496042_8944753604248465900_n.jpg

Samalah dengan watak perempuan yang akhirnya jatuh ke gaung kerana berdegil ingin mencapai 'Holy Grail'. Samalah juga dengan watak Khalid yang sebenarnya menggunakan En. Osman dan Jalil untuk pergi lebih dalam ke gua itu dan menjual harta karun yang ditemui ke pasaran gelap.

Sifat tamak haloba beliau akhirnya memerangkap Khalid didalam gua fizikal, dan juga 'gua' dalaman beliau. Termakan umpan harta karun, kilauan emas sebagai 'idol' dan sembahan. Babak terakhir menunjukkan beliau ketawa panjang dan menangis dalam merana dan kekeliruan. Gelak ketawa dari Zakaria Yusoff yang ikonik yang kita semua kenal. Babak ditamatkan secara 'screen freeze' a la pengakhiran Ranjau Sepanjang Jalan dimana watak Sarimah memukul ular dan Bruce Lee di filem Fist Of Fury dimana beliau melompat kearah tembakkan polis. Terajutama mahu babak terakhir bermain di fikiran kita.

PENUTUP
Filem yang berdurasi 1 jam 50 minit ini disiar dalam slot DMI (Drama Minggu Ini) pada tahun 80an. Dan untuk 'shot aerial' bukanlah ada drone pada masa itu. Pada pengakhiran kredit dinyatakan ia dilakukan dengan bantuan tidak lain tidak bukan TUDM dengan helikopter.

Boleh diperhatikan unit lampu dan janakuasa (seramai lapan orang) telah melakukan satu kerja yang baik dengan pencahayaan 'cinematic' babak-babak didalam gua.

Ini 'drama' untuk siaran tv ditahun 1980an ya saudara dan saudari. Drama tv sekarang macam mana? Nak carik filem yang hampir dengan yang ini pun susah. Mungkin dari segi skala produksi sekarang lebih besar tapi isinya kosong. Semua nak 'spectacle' tapi tiada 'substance'. Tapi itu yang dikehendaki penonton ya. 'Plot-twist' yang dipaparkan dalam 'trailer' dan bermacam-macam lagi.

Fungsi filem yang sebenar telah terbalik. Mungkin ini maksud sebenar kata-kata Tuhan yang diakhir zaman nanti dunia akan 'terbalik'. Niat berbuat sesuatu kerana duit tiada keikhlasan. Patutlah pintu 'gua' kekal tertutup. Lantas jadilah seperti dalam 'Allegory of the Cave', khayal dan terperangkap dengan bayang-bayang. Dalam gua yang gelap-gelita, jauh dari 'Nur' cahaya.
440461768_10161948455461042_1671352571864701010_n.jpg



0
0
0.000
1 comments